Abd. Razak Muthalib
Abd. Razak Muthalib
Hidup tanpa mengetahui tujuan yang mahu dicapai, adalah satu kehidupan yang sia-sia. Umur dan masa dibazirkan dengan begitu sahaja. Dan akhirnya, tanpa disedari kehidupan berlalu dengan begitu pantas dan kita hanya tinggal kenangan apabila kematian menjemput pulang. Justeru, kehidupan perlu diuruskan dengan betul. Mesti jelas dan sedar apakah tujuan diciptakan dan apakah matlamat yang mahu dicapai? Berita baiknya, jawapan bagi persoalan-persoalan ini telah pun tersedia. Naskhah ‘365 Hari Mencari Syurga’ disusun supaya ia dapat membantu menemui jawapan kepada persoalan- tersebut. Topik-topik yang disentuh semuanya berkaitan dengan kehidupan sebagai seorang mukmin. Tambah menarik, ia dibentangkan dengan gaya bahasa yang mudah difahami. Semoga kehadiran buku ini menjadi ‘hadiah istimewa’ sebagai bekalan dan panduan dalam menguruskan kehidupan yang kian mencabar. Apa yang penting lakukanlah perubahan dalam hidup, ‘bermujahadahlah’, walaupun ia pahit tetapi syurga Allah itu manis.