Suhaila Abdullah
Suhaila Abdullah
Buku ini membincangkan sejarah asal usul sebuah komuniti bersintesis Cina-Melayu yang dikenali sebagai kaum Peranakan Cina atau kaum Baba dan Nyonya di Melaka. Ia menumpukan fokus ke arah memerihalkan tentang pengaruh Islam terhadap komuniti yang dikatakan terbentuk dari kacukan kaum Cina dengan masyarakat tempatan. Hal ini dibuktikan melalui catatan sejarah yang termaktub dalam Sulalatus Salatin tentang perkahwinan di antara Sultan Mansur Syah dengan seorang wanita berketurunan Cina. Sejarah turut mencatatkan peristiwa sejarah tentang kedatangan pedagang-pedagang Cina yang diketuai oleh seorang laksamana hebat bernama Zheng He dan pencatat beliau yang dikenali sebagai Ma Huan yang merupakan pengembara Cina beragama Islam ke Melaka.