Abdul Latip Talib
Abdul Latip Talib
Semasa hidupnya, Khalifah Umar al Khattab selalu berdoa. “Wahai tuhanku, kurniakan aku zuriat yang menguatkan Islam.” Doa Khalifah Umar al Khattab termakbul dengan lahirnya Umar bin Abdul Aziz atau nama sebenarnya Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam bin Ash bin Umaiyah bin Abdi Syams. Ibunya bernama Laila Ummu Ashim binti Ashim bin Umar al Khattab, khalifah al Rasyidin yang kedua. Beliau dilahirkan di Halwan pada tahun 61 Hijrah/683 Masihi. Namun pendapat yang popular mengatakan beliau lahir pada tahun 63 Hijrah/684 Masihi di Kota Madinah ketika tentera Yazid bin Muawiyah dari Damsyik menyerang kota suci tersebut. Selepas menjadi khalifah, Umar Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna.
Perang Salib
Hasan Al-Banna
Badiuzzaman Said Nursi
Umar Al-Khattab - Reformis Dunia Islam
Tok Janggut
Setelah Roboh Kota Melaka
Tariq
Si Bongkok Tanjung Puteri
Uthman Affan
Abu Ubaidah
Perang Uhud
Perang Badar
Pendekar Siamang Gagap
Perang Khandaq
Salahudin Ayubi
Saad Abu Waqas
Perang Khaibar
Mustafa Kamal Ataturk
Imam Hanafi