Ana Balqis
Ana Balqis
SAYA peminat lukisan dan sastera. Malah saya pernah bercita-cita menjadi pelukis dan penulis. Barangkali kerana minat itulah saya menjadi murid terdepan dalam subjek lukisan di sekolah sampai menengah 5. Juga pada masa sama, saya khatam bukubuku karangan Enid Blyton. Pada usia 13, saya selongkar cerita-cerita Hikayat 1001 Malam. Menjengah 14 tahun, saya siap membaca Tenggelamnya Kapal Van der Vick (Hamka) dan Keluarga Gerilya buah tangan Pramoedya Ananta Toer. Saya sambung lagi dengan Bumi Manusia dan lain-lain karya penulis ini. Setelah melepasi tingkatan 6, saya cuba mengenal Shahnon Ahmad, Fatimah Busu beberapa orang lagi tetapi banyak daripada waktu saya, terkesan dengan galuran cara bercerita Pramoedya.