Aida Adriani
Aida Adriani
Cinta itu suatu rasa yang aneh, unik, sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata. Datangnya tidak dijemput dan perginya tidak diusir. Uniknya cinta, manusia berasa bahagia ketika menderita. Begitulah yang dirasakan Anna. Kehadiran Hud yang pada mulanya tidak diumpamakan itu amat memberi erti yang besar dalam dirinya. Perkenalan singkat itu adalah titik mula sebuah kehidupan yang baru. Benarlah, TUHAN tidak akan jadikan sesuatu tanpa sebabnya. Kerana itu dia sedar, kehilangan dan kekecewaan itu adalah rahmat TUHAN. Biarpun berbeza adat dan budaya, tidak sesekali dia mengusir cinta yang datang. Biarpun jarak dan waktu memisahkan, dia akan tetap bahagia merindui lelaki itu. Biarpun memiliki hati lelaki itu seakan mustahil, dia tidak akan pernah kesal mencintai Hud. “Saya bukan siapa-siapa untuk menyayangi awak. Kalaupun saya, sayang tu takkan kekal. Bila-bila masa saja saya akan pergi dan sayang tu akan hilang. Tapi ada yang akan kekal mengasihi awak sampai bila-bila. DIA TUHAN Yang Esa...” – HUD AIDIT