Zan Zarida
Zan Zarida
Gila! Tiba-tiba sahaja jejaka itu muncul di hadapan Juita dan terus melamarnya. Namun, Juita lagi gila. Dia terus sahaja menjawab ‘ya’. Ini semua gara-gara abahnya yang bertanya soal jodoh dan kahwin menerusi telefon. Biar betul? Jeffrey mahu pengsan. Dia hanya mahu menyahut cabaran rakan-rakannya. Sangkanya gadis itu akan menolak dan menuduhnya gila, tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Dia sudah tidak keruan. Berhari-hari Jeffrey berfikir. Akhirnya, dia nekad untuk bertemu dengan Juita dan mengakui yang dia sudah jatuh cinta! Malangnya, Juita pula jual mahal dan main tarik tali dengannya.