Cabaran Penyelidikan dan Pendidikan dalam Era Digital

Faridah Abdul Rashid

star-blank star-blank star-blank star-blank star-blank

Cabaran-Penyelidikan-dan-Pendidikan-dalam-Era-Digital-หน้าปก-ookbee Download app

About this book

Penyelidikan dijalankan atas dua sebab, iaitu keperluan dan pengetahuan. Amerika Syarikat (AS) tergolong sebagai dunia pertama dan penyelidikannya berpaksikan keperluan ketenteraan dan jutaan dolar AS dicurahkan untuk tujuan ini. Manakala Malaysia tergolong sebagai dunia kedua dan melepasi tahap negara membangun. Malaysia bermula dengan ekonomi asas tani tatkala negara mencapai kemerdekaan. Semenjak itu, Malaysia telah pesat membangun dan ekonominya telah bertukar ke elektronik dan kini memasuki era digital. Terdapat banyak cabaran baik dalam penyelidikan mahupun pendidikan. Cabaran penyelidikan peringkat antarabangsa ialah perbankan DNA, Human Genome Project, ancaman penyakit gemuk, rahsia kesihatan dalam al-Quran dan sunah, amalan mukmin, kemiskinan dunia dan kesan perang, perubahan cuaca dunia, dan bioinformatik perubatan. Cabaran penyelidikan di Malaysia ialah pangkalan data penyelidikan perubatan seperti NABBINet dan Primary Care Database, pengkomputeran makmal klinikal dan projek telekesihatan, sumber geran penyelidikan, penyelidikan keselamatan di jalan raya, rekod perubatan elektronik dan serangan privasi, dan jalan penyelesaian menerusi gabungan pertunjukan hasil penyelidikan. Bagi pendidikan pula, cabaran pengurusan ialah Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK), pilihan kursus di universiti dan penguasaan bahasa Inggeris yang masih pada tahap lemah bagi segelintir pelajar Melayu. Dana kerajaan dan kos pengajian yang tinggi juga sedikit sebanyak mengganggu pengajian pelajar pada peringkat universiti. Cabaran kurikulum pendidikan pengajian tinggi termasuklah menepati Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) yang dikenakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), kurikulum bersepadu yang diguna pakai oleh Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) di Universiti Sains Malaysia (USM), terutama bagi input Kajian Komuniti & Kes Keluarga (CFCS) dan Problem-Based Learning (PBL), dan gaya pembelajaran pelajar. Sejak Koridor Raya Multimedia (MSC) dilancarkan, USM telah pun melancarkan agenda ITnya pada 1998, manakala PPSP membangunkan pembelajaran elektronik yang dikenali sebagai MedLearn (www.medlearn.kk.usm.my). Pensyarah perlu menyediakan bahan multimedia untuk dimuat naik ke portal MedLearn yang memudahkan pelajar mencapai bahan pembelajaran yang diperlukan. Dengan pembelajaran ini, diharap pelajar mampu mendapat kemahiran IT dan meneruskan pembelajaran sepanjang hayat. Jalur lebar yang sentiasa ditingkatkan akan menggalakkan penggunaan internet. Namun pengguna perlu berwaspada dengan virus komputer. Usaha untuk mengembangkan internet ke kawasan luar bandar sedang digiatkan menerusi High-Speed Broadband Zone 3 (HSBB Zone 3). Menerusi media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog, diharapkan masyarakat dapat memanfaatkan internet sebaik mungkin. Kini memperoleh segulung ijazah dari atas talian mampu menjadi kenyataan!


Category
Education Guides
Publisher
Penerbitan Universiti Sains Malaysia
Type
EPUB
Print price
RM10
ISBN
N/A
Digital page
0 page
Publish date
07 June 2016
Country
Malaysia
Language
N/A