A. Darwisy , Zaifuzaman Ahmad , Saidee Nor Azam
A. Darwisy , Zaifuzaman Ahmad , Saidee Nor Azam
Kala Senja Dia Datang ~ “Anak mak cik, tiba-tiba ghaib! Tolong mak cik, nak!” Setiap kali matahari terbenam, Azman akan dihantui dengan kisah silam yang meragut kebahagiaan penduduk kampungnya. Bau hamis yang dibawa angin senja memporak-perandakan penduduk kampung. Anak-anak yang tak berdosa menjadi habuan dan hilang begitu sahaja tanpa diketahui ke mana mereka menghilang. Dan sekarang, nyawa anak-anak Azman pula menjadi taruhan. Apakah sumpahan itu masih belum lenyap? Mampukah Azman menyelamatkan isteri dan anak-anaknya dari menjadi mangsa sumpahan ini? Sedangkan darah yang mengalir dalam tubuh Azman merupakan susur galur dari keturunan pengamal ilmu syaitan! Marina ~ “Barang milik orang jangan kita ganggu!” Marina merupakan seorang gadis yang menuntut di sebuah kolej di ibu kota. Dia seorang yang bersifat naif dan kekampungan. Malah di kolej pun, dia tidak mempunyai ramai teman kecuali kawan sebilik bernama Ashikin. Suatu hari, Marina dan Ashikin telah terjumpa seutas gelang kaki yang tersangkut pada sebatang pokok yang rendang di sebuah fakulti. Bermulalah satu episod seram yang menghantui kiran Marina kerana memakai gelang kaki itu. Rakan baiknya, Ashikin juga mula menjauhkan diri. Sebenarnya, Marina tidak bersendirian, dia telah diperhatikan oleh seseorang. Siapakah orang itu? Penumpang Malam ~ “Wajahnya tidak kelihatan tapi bau-bauan sering menguasai teksinya!” Majid kesempitan wang dan terpaksa mencari kerja part-time. Kawannya, Munir telah menawarkan Majid membawa teksi milik bapa saudaranya, Joned. Bapa saudaranya tidak boleh bawa teksi kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Tanpa disedari, Majid telah diganggu oleh seorang wanita muda yang bibirnya terkoyak dan bau-bauan yang wangi dalam teksinya. Ada ketikanya, teksinya dipenuhi dengan daun asam muda, entah dari mana datangnya. Majid juga sering mendapat mimpi-mimpi ngeri ketika dia tertidur di dalam teksi itu. Dapatkah Majid menyelesaikan masalah yang menghantui dirinya?