MUHAMAD MAT YAKIM
BUKAN bertujuan mahu membakar semangat perkauman. Bukan juga untuk menegakkan benang yang basah mahupun melancarkan perang antara gender. Justeru, jika berlaku Perang Dunia di mana-mana, jangan salahkan ADUHAI ISTERI. Jangan ada sesiapa yang menyangka bahawa hadirnya ADUHAI ISTERI ini adalah untuk menggalakkan pertelingkahan antara suami dan isteri atau sengaja mahu membesar-besarkan jurang perbezaan. ADUHAI ISTERI sekadar berkongsi kisah agar sama-sama dapat memperbaiki diri. Dalam sesebuah perhubungan, kita perlu berterus terang tidak kira sebagai suami, isteri mahupun kekasih. Jangan simpan keburukan di bawah karpet kerana sikap itu lama-kelamaan hanya akan membikin karpet bertukar reput. ADUHAI ISTERI adalah semata-mata kompilasi kisah pengalaman suka duka, pahit manis yang melibatkan orang biasa dan diceritakan semula oleh orang biasa. Yang menjadikannya luar biasa hanyalah kerana cerita-cerita biasa ini diberi perhatian yang luar biasa. Kandungan Menarik:- - Henti Buli Isteri Pada Bulan Puasa - Hikmah Bau Ketiak Lelaki - Jangan Belajar Bahasa Inggeris Daripada Isteri - Lelaki Curang Lebih Cepat Mati - Janggut Suami Suburkan Isteri - Wanita Makin Berumur Makin Hot - Solat Jumaat Pada Hari Khamis - Apabila Orang Kampung Saya ‘Speaking’ - Rumitkah Berurusan Dengan Wanita - Kisah Kasut Koyak