Dr Hm Tuah Iskandar Al-Haj
Dr Hm Tuah Iskandar Al-Haj
Belailah selalu kalbu dengan kasih sayang terhadap ALLAH, moga ALLAH juga belai kita dengan hidayah-NYA. Moga-moga kita dipelihara daripada sebarang mala- petaka. Dijadikan hidup kita lebih bermakna. Diberikannya kita hati yang tenteram dan tenang. Usah terlalu gelojoh dalam hidup. Usah terlalu berkira dan menyimpan dendam yang menyakitkan. Lakukanlah aktiviti hidup dengan jujur. Solatlah, berdoalah, berjasalah terhadap ibu ayah seandainya mereka masih ada. Peliharalah pasangan kita, anak-anak kita dengan sebaik-baiknya. Itulah sumber kebahagiaan yang sebenar-benarnya buat seorang insan.