Senjata Orang Mukmin

Abu Ruwais Al-Syubrawi

star-blank star-blank star-blank star-blank star-blank

Senjata-Orang-Mukmin-หน้าปก-ookbee Download app

About this book

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h pernah berkata: "Sekiranya engkau ingin mengetahui setulus mana tauhidmu kepada ALLAH, perhatikanlah pada doa-doamu." Semakin teguh tauhid dan iman kita, semakin banyaklah doa kita dimakbulkan. Sebaliknya, semakin rosak tauhid dan semakin berkurang iman kita, semakin banyaklah doa-doa kita tidak diperkenankan. Justeru, amat penting kita memperbanyakkan doa kepada ALLAH untuk mengetahui di tahap mana kedudukan tauhid dan iman kita. Buku ini merupakan himpunan doa-doa daripada al-Quran dan hadis sahih yang boleh dijadikan zikir-zikir harian. Hidup kita ini memang tidak terlepas daripada doa. Kita amat memerlukan doa dalam semua urusan. Selain doa-doa umum dan khusus, buku ini juga menghimpunkan doa dan zikir untuk mengubati masalah gangguan sihir atau kejahatan jin. Setiap doa dan zikir dilengkapi teks Arab disusuli teks melayu untuk memudahkan bacaan bagi individu yang tidak tahu berbahasa Arab, makna serta rujukan kitab atau hadis yang diambil. Justeru, para pembaca tidak perlu ragu-ragu tentang kesahihan doa dan zikir yang dibaca. Semoga doa-doa dan zikir yang diamalkan mampu menjadi "senjata" dan "benteng" diri dalam menghadapi musibah atau ujian ALLAH.


Category
Religion & Beliefs
Publisher
Karangkraf
Type
PDF
Print price
RM5
ISBN
N/A
Digital page
296 page
Publish date
28 August 2018
Country
Malaysia
Language
Malay