Azlina Kamaruddin
Azlina Kamaruddin
Description : Buku Manisnya Komunikasi bersulam Takwa ini dipersembahkan secara santai berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis. Bermula dengan penjelasan konsep penting komunikasi, diikuti dengan kisah yang berhubung dengan komunikasi dalam masyarakat, dan seterusnya dilengkapkan dengan idea-idea berkaitan dengan perspektif Islam. Buku ini dapat membantu pembaca untuk mendapat satu kupasan maklumat tentang bidang komunikasi. Buku ini turut dibekalkan dengan fakta-fakta ilmiah berdasarkan kajian, ia berupaya memberi keyakinan kepada pembaca berhubung intipati yang hendak disampaikan. Bahasa yang digunakan mudah difahami dan menggunakan kosa kata yang boleh difahami oleh semua peringkat pembaca. Dengan contoh-contoh serta pengalaman hidup yang dikemukakan menerusi buku ini, ia membantu pembaca agar memahami idea-idea yang hendak disampaikan. Buku ini sesuai untuk pelajar yang mengikuti bidang komunikasi, pendidikan, psikologi, kaunseling dan bidang yang berkaitan dengan sains sosial dan kemanusiaan. Selain itu, buku ini juga sesuai untuk bacaan umum kepada mereka yang berminat untuk memahami komunikasi antara manusia.