SARANG

FITRI HUSSIN

star-blank star-blank star-blank star-blank star-blank

-SARANG-หน้าปก-ookbee Download app

About this book

Rania, novelis cinta yang sedang mengalami zaman kesuraman. Manuskrip cinta terbaharunya ditolak editor. Dek tercabar, dia memutuskan untuk menulis manuskrip genre seram demi mengangkat semula namanya. Fatah, novelis seram yang sedang berada di puncak. Novel debutnya super best seller. Tetapi mengalami kebuntuan idea untuk menulis manuskrip terbaharu dan mulai khuatir kemungkinan populariti yang sedang dikecapinya hilang. Khalil, pemilik kedai buku online yang amat berjaya masih belum dapat memenuhi cita-citanya untuk menjadi seorang novelis hebat. Beberapa manuskrip yang ditulis dinilai sebagai sampah oleh rakannya. Tiba-tiba, mereka bertiga menerima sebuah manuskrip novel daripada orang yang tidak dikenali. Mereka menghantar manuskrip itu ke syarikat penerbitan yang sama. Tiga manuskrip itu dinilai oleh tiga editor, Fasya, Azim dan Zahir yang bercita-cita tinggi. Ketiga-tiganya lulus untuk penerbitan tetapi berdepan satu masalah besar. Tiada siapa yang mahu mengalah lalu jalan yang diambil membuat mereka berenam berkumpul di sebuah rumah agam. Tanpa mereka sedari, pembunuh buas sedang menanti mereka di situ. Dia keluar daripada sarang demi melunaskan dendam.


Category
Horror
Publisher
Karangkraf
Type
EPUB
Print price
RM26
ISBN
N/A
Digital page
0 page
Publish date
16 April 2019
Country
Malaysia
Language
Malay