Eija Khadeeja
Eija Khadeeja
Raja Durian selalu berasa dirinya hebat dan disayangi Pak Rahman. Raiyan, cucu Pak Rahman pula sangat menggemari buah durian. Sementara itu Izzat, adik Raiyan tidak gemar makan buah durian. Sebaliknya menggemari buah rambutan. Akibatnya, Raiyan sering merendah-rendahkan adiknya dan pernah berkata, lebih baik menyayangi pokok durian berbanding adiknya sendiri. Raja Durian mengambil kesempatan untuk mencederakan Izzat. Raja Durian kemudian mengarahkan buah-buah durian luruh dengan banyak sewaktu Izzat berada di dusun durian. Bagaimana nasib Izzat? Adakah Raja Durian berjaya mencapai hajatnya?