Abu Bakar Hamed,Rusmala Mohd. Daud ,Siti Nabiha Abdul Khalid
Abu Bakar Hamed,Rusmala Mohd. Daud ,Siti Nabiha Abdul Khalid
Buku ini merangkumi tiga bidang pengurusan perniagaan yang utama, iaitu bidang pengurusan, pemasaran dan kewangan. Ketiga-tiga bidang tersebut dibincangkan secara komprehensif dan padat agar mudah difahami oleh para pembaca. Tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam buku ini ialah Pengenalan yang membincangkan secara asas mengenai perniagaan dan persekitaran, Bentuk Organisai Perniagaan, Pengurusan Organisasi, Fungsi Pengurusan, Pembentukan Organisasi Efektif, Motivasi dan Kepimpinan, Pengurusan Sumber Manusia, Pemasaran, Perancangan Strategi Pemasaran, Produk, Harga, Pengedaran, Promosi, Pengurusan Kewangan, Menilai Prestasi Syarikat, Pengurusan Kewangan Jangka Pendek, dan Pengurusan Kewangan Jangka Panjang. Buku ini sesuai dijadikan rujukan kepada para pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), pengurus organisasi, dan para usahawan. Buku ini juga sesuai untuk dijadikan bahan bacaan umum untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang Pengurusan Perniagaan.