Aplikasi Teknologi Penderiaan Jauh dan Sistem Maklumat Geografi untuk Kelestarian Pembangunan Sumber Air

Md. Azlin Md Said.

star-blank star-blank star-blank star-blank star-blank

Aplikasi-Teknologi-Penderiaan-Jauh-dan-Sistem-Maklumat-Geografi-untuk-Kelestarian-Pembangunan-Sumber-Air-หน้าปก-ookbee Download app

About this book

Kelestarian pembangunan dan pengurusan sumber air mestilah memenuhi keseimbangan keperluan manusia, pembangunan yang pesat dan keperluan pemuliharaan persekitaran tanpa mengganggu-gugat keperluan masa hadapan dengan mengambil kira keperluan generasi akan datang. Untuk memastikan sumber air mencukupi, pelbagai kaedah pemodelan terkini boleh digunakan seperti pemodelan aliran sungai, kualiti air, penggunaan guna tanah, analisis pertukaran guna tanah dan lain-lain. Pemodelan berdigit berbentuk pemodelan teragih dengan menggunakan komputer yang canggih boleh dilakukan dengan menggunakan data hidrologi sedia ada. Data hidrologi tersebut lazimnya bukan spatial, maka ia perlu diagihkan secara spatial untuk mengoptimumkan kecekapan pemodelan teragih sumber air yang digunakan. Data spatial yang boleh diperoleh daripada teknologi satelit penderiaan jauh (remote sensing) khususnya data-data penderiaan jauh berkeupayaan spatial dan leraian spektrum tinggi, boleh menyalurkan maklumat guna tanah/turapan tanah dan maklumat hidrologi lain yang diperlukan bagi mengurangkan ralat pemodelan sumber air. Sistem Maklumat Geografi (GIS) boleh digunakan untuk pemodelan data spatial untuk menghasilkan analisis maklumat spatial yang berkaitan. Penggunaan data penderiaan jauh dan GIS oleh penulis dalam kajian-kajian yang dijalankan telah berjaya membantu pengurusan sumber air yang lestari.


Category
Education Guides
Publisher
Penerbitan Universiti Sains Malaysia
Type
EPUB
Print price
RM10
ISBN
N/A
Digital page
0 page
Publish date
01 June 2016
Country
Malaysia
Language
N/A