Kompilasi Majalah Pa&Ma
Kompilasi Majalah Pa&Ma
Oh! Benarkah saya hamil? Betapa ungkapan itu memberi 1001 rasa dan makna yang tersendiri buat mereka yang melaluinya. Mendapati diri hamil sesungguhnya merupakan momen terindah bagi setiap wanita yang bergelar isteri. Namun, percayalah bukan semua wanita bernasib baik melalui fasa kehamilan yang mudah. Ramai juga yang berhadapan dengan masalah alahan, pendarahan dan perubahan mood sehingga ada kalanya menjejaskan diri dan kandungan. Bagi mereka yang pertama kali melalui pengalaman ini, pasti pelbagai soalan menerjah di minda: Normalkah peningkatan berat badan saya? Bila saya boleh nampak jantina bayi? Perlukah saya menghadiri kelas antenatal? Kenapa bayi saya tidak bergerak? ‘INDAHNYA DUNIA HAMILKU’ merungkai permasalahan dan menjawab persoalan di samping memberi panduan berguna wanita menempuh alam kehamilan . Buku ini bukan hanya untuk bakal-bakal ibu, tetapi juga sesuai sebagai rujukan buat mereka yang hampir pasti akan melalui detik bermakna ini. Paling pen¬ting, jalani setiap saat kehamilan dengan ceria dan penuh sabar. Bayi anda pasti comel, sihat dan bijak! Selamat menempuh alam kehamilan!