Patonah Chai Choh
Patonah Chai Choh
Istimewanya tentang pulut ialah ia melambangkan masakan orang Melayu yang bertunjangkan adat. Memasaknya pula hanya apabila ada temasya yang dirai. Di situ dapat kita lihat bagaimana pulut begitu ‘mahal’ bagi masyarakat Melayu. Malah, ia turut diaplikasikan dalam pantun dan peribahasa Melayu. Kini, masakan pulut sudah dikomersialkan seperti lemang, ketupat palas, tapai pulut dan sebagainya. Buku Aneka Masakan Pulut ini terdapat 44 resipi yang berasaskan pulut untuk disediakan sebagai menu anda. Jadikanlah pulut sebagai masakan anda yang paling istimewa. Bukan sahaja pada hari yang istimewa, malah pada bila-bila masa.