Ramlee Awang Murshid
Ramlee Awang Murshid
JOKER dan White - gandingan dua penjenayah kejam yang saling tidak mengenali. Joker adalah contract killer dan White pula pemegang kontraknya. Kod rahsia mereka – ‘Mawar Putih.’ Sasaran pembunuhan adalah golongan penjenayah kolar putih. Hubungan mereka retak setelah Joker mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Jantungnya berhenti berdenyut selama tiga minit. Logik akal, Joker sudah mati! Faris dan Hambali - dua sahabat yang terpisah dan berbeza cara hidup. Faris bergelumang dosa. Hambali pula hamba yang zuhud. Setelah membilang tahun, mereka bertemu semula di Masjid Negara. Faris menyatakan hasrat hendak berubah dan Hambali tekad mahu membantu sahabatnya itu ‘taubat nasuha.’ Cinta - muncul secara misteri. Junaidatul Al-Fatiah merupakan tunangan Hambali. Dalam diam, Faris turut mencintai gadis itu. Kedua-dua lelaki ini menggelarnya, ‘Raudhah.’ Seorang gadis dicintai dua lelaki, pasti salah seorang harus mengorbankan perasaan dan keegoan. Tapi siapa? RAUDHAH – banyak teka-teki yang sukar disimpulkan. Hanya iman dan takwa mampu melihat di sebalik tabir waktu. Persoalan muncul dalam bentuk yang sangat menyakitkan: keterbalikan cinta, keliru antara bayang dan jasad serta kitaran waktu yang mencetuskan huru-hara. Sentuhan RAMLEE AWANG MURSHID kali ini banyak bermain dengan ilusi. Saspen, pembohongan dan kekejaman silih berganti sehingga debaran sukar dihentikan.