Belum Pandai Baca Al-Quran (FREE)

Ustaz Ambya Abu Fahin

star-blank star-blank star-blank star-blank star-blank

Belum-Pandai-Baca-Al-Quran-(FREE)-หน้าปก-ookbee Download app

About this book

Membaca Al-Quran adalah kewajipan utama bagi seorang muslim setelah mereka mengimaninya. Sayangnya, masih ramai umat Islam yang sehingga kini masih lagi belum mampu membaca Al-Quran. Ramai di antara mereka yang berasa malu untuk belajar Al-Quran kerana menganggap perkara itu sudah terlambat. Ada juga disebabkan terlalu sibuk dengan pekerjaan, dan sebahagian lain pula merasakan membaca Al-Quran itu sesuatu yang susah. Adakah benar belajar Al-Quran itu susah? Pada awalnya ramai yang tidak percaya, namun buku Belajar Membaca Al-Quran Sistem 3 Hari Metod Cordobana ini telah membuktikan betapa mudah dan nikmatnya belajar Al-Quran sebagaimana yang telah dijamin oleh Allah di dalam Al-Quran. Berdasarkan pengalaman mengajar selama hampir 15 tahun dan penyelidikan yang dilakukan penulis Insha Allah buku ini sangat sesuai bagi individu yang ingin segera pandai dan mahir dalam membaca Al-Quran. Dengan Sistem 3 Hari Metod Cordobana, belajar membaca Al-Quran akan menjadi lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa. Ikuti dahsyatnya training metod ini dan rasakan betapa nikmatnya belajar Al-Quran, bersama Ustaz Ambya Abu Fahin dan Tim Akademi Cordoba. Insha Allah mudah belajarnya, cepat pandainya.


Category
Religion & Beliefs
Publisher
Karangkraf
Type
PDF
Print price
RM15
ISBN
N/A
Digital page
169 page
Publish date
24 April 2018
Country
Malaysia
Language
Malay