Jerry D. Gray
Jerry D. Gray
Sesungguhnya thibbun nabawi (pengubatan cara Nabi) adalah rawatan bagi mengubat dan mencegah penyakit yang sudah terbukti keberkesanannya. Rasulullah s.a.w. berpesan dalam hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari, "Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali Dia juga menurunkan ubatnya." Ilmu perubatan Rasulullah s.a.w. adalah satu cara pencegahan dan penyembuhan penyakit secara praktikal sejajar dengan amalan Rasulullah s.a.w. Baginda bukan sahaja memberi resepi perubatan secara spiritual, malah fizikal juga. Justeru itu, ilmu perubatan ini masih relevan bagi masyarakat moden, memandangkan tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan ilmu perubatan sains moden.