Nazali Noor
Nazali Noor
Inilah nukilan terakhir Allahyarham Nazali Noor. Beberapa minggu sebelum arwah dipanggil Ilahi, arwah telah menghantar manuskrip yang sepatutnya dihantar beberapa tahun yang lalu. Namun, akibat komplikasi penyakit dan kesihatan yang tidak mengizinkan membuatkan penulisannya tergendala selama lebih kurang tiga tahun. Maaf kerana manuskrip ini tidak sempat diedit oleh editor, namun kami sebulat suara untuk terbitkannya menerusi e-Book dalam teks asal. Sekurang-kurangnya karysa asal ini menjadi kenangan manis buat tatapan peminat arwah. Ya... melalui karya ini, arwah mengabadikannya khas buat isteri tercinta Ainon Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Ain. Ain merupakan wanita dunia dan akhirat arwah. Menceritakan bibit-bibit perkenalan, dan seterusnya hingga ke jinjang pelamin. Betapa manis dan romantiknya memori mereka berdua. Memori terindah... Sayang, cinta dan kasih bersemi menjadi satu sehingga kukuhnya ikatan perkahwinan mereka. Dikurniakan lima orang anak yang comel dan bijak merupakan pelengkap rumah tangga mereka. Ain berkorban masa dan tenaga untuk membesarkan mereka dan menjadi isteri tanpa mengenal penat lelah. Al-fatihah buat arwah. Semoga Allah tempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.