Sayang Awak, Sayang... (ePub)

Murni Aqila

star-blank star-blank star-blank star-blank star-blank

Sayang-Awak,-Sayang...-(ePub)-หน้าปก-ookbee Download app

About this book

Suatu tragedi yang menyayat hati terjadi menyebabkan Junaira dan Haziq yatim piatu, lalu tinggal di rumah Datin Ros yang sangat baik. Tetapi Nazif... menyampah sangat dengan mereka berdua. Asyik menjeling sahaja. Suka cari pasal pulak tu! Bagi Junaira, kalau nak lawan api, mestilah dengan air. Sebelum anak Datin Ros itu ‘kenakan’ dia, dia mesti ‘kenakan’ Nazif balik. Bila Nazif cuba menyakitkan hati Junaira, hatinya sendiri yang sakit. Junaira suka berloyar buruk. Juga suka buat ­lawak yang entah apa-apa. Tetapi kadang-kadang dia ­berasa lucu juga. Namun, amanah Datin Ros yang mahu dia mengahwini Junaira, bagai satu malapetaka baginya. “Aku tak faham kenapa aku disuruh kahwin dengan kau. Sebab aku sayangkan mummy, aku terpaksa terima jugak. Hati aku ni sakit setiap kali pandang muka kau tu, sakit ­sangat. Semuanya disebabkan kau tu...” Walaupun Junaira tahu kesudahan hubungannya dengan­ Nazif, cinta untuk lelaki itu kekal tersemat dalam jiwa. ­Sehinggalah akhirnya, dia tahu kenapa Nazif membenci­nya.


Category
Novel
Publisher
Karangkraf
Type
EPUB
Print price
RM26
ISBN
N/A
Digital page
704 page
Publish date
21 February 2013
Country
Malaysia
Language
Malay