Nordi Ache
Nordi Ache
Karya sejarah Sarawak berbahasa Melayu yang pertama seumpamanya ini, tidak banyak mencuit perhatian para sarjana. Justeru, tidak banyak juga yang dapat kita ketahui mengenai hikayat klasik ini terutamanya mesej-mesej kesejarahan yang terselit di sebalik pemikiran pengarangnya – Muhammad Rakawi Yusuf. Lantaran menyedari bahawa Hikayat Sarawak mempunyai nilai dan kepentingannya tersendiri khasnya dalam ranah persejarahan Sarawak, kita berasa sudah tiba masanya untuk menampilkan semula hikayat ini ke persada kesarjanaan, kesejarahan dan keintelektualan tanah air.