Nama Saya Hasmah (Versi Bm)

DR SITI HASMAH MOHD ALI

star-blank star-blank star-blank star-blank star-blank

Nama-Saya-Hasmah-(Versi-Bm)-หน้าปก-ookbee Download app

About this book

Sebagai salah seorang doktor wanita Melayu pertama, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dipunyai oleh generasi Tanah Melayu dalam fasa membina sebuah negara yang merdeka daripada warisan penjajahan dan peperangan. Beliau meninggalkan perkhidmatan kerajaan ketika suaminya Tun Dr Mahathir Mohamad mencapai bahagian paling atas dalam hierarki politik. Semenjak itu, selama 22 tahun beliau menjadi tulang belakang yang menyokong khidmat suaminya, susah dan senang. Pada peringkat antarabangsa dan tempatan, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali kekal sebagai pejuang untuk isu-isu pembangunan kesihatan masyarakat. MY NAME IS HASMAH adalah sebuah penceritaan tentang pendidikan, kerjaya dalam bidang perubatan dan pengembaraan beliau, seorang yang memegang peranan doktor, peguam bela, anak perempuan, kakak, isteri dan ibu. 1. Diterjemahkan daripada versi Inggeris - My Name Is Hasmah. Sudah dua kali diulang cetak 2. Menceritakan mengenai rahsia dan kisah-kisah peribadi hidup beliau dari zaman beliau bergelar kanak-kanak, remaja, pelajar, doktor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sehinggalah gelarannya bertukar menjadi nenek. "Banyak rahsia saya terkandung dalam buku ini, kisah ketika kecil serta kehidupan saya sepanjang sebagai isteri bekas perdana menteri.” 3. Juga menceritakan tip dan nasihat dalam kehidupan seorang yang bergelar wanita. 4. Wanita ini pernah bergelar ‘First Lady Malaysia’ ini. Beliau terkenal dengan sifatnya yang merendah diri, sangat menghormati orang lain, mementingkan institusi kekeluargaan dan jarang sekali mencampuri urusan suaminya sepanjang menjadi Perdana Menteri Malaysia. Zaman kanak-kanak dan remaja beliau cukup berwarna-warni dan hayati bagaimana beliau mengharungi pahit getir kehidupan, berjuang untuk mencari ilmu demi untuk mengejar cita-citanya.


Category
Politics
Publisher
Karangkraf
Type
PDF
Print price
RM80
ISBN
N/A
Digital page
280 page
Publish date
18 May 2018
Country
Malaysia
Language
Malay