Ilmu Diplomatik Melayu dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional

Mohan S Ramasamy

star-blank star-blank star-blank star-blank star-blank

Ilmu-Diplomatik-Melayu-dalam-Kesusasteraan-Melayu----Tradisional-หน้าปก-ookbee Download app

About this book

Buku ini merupakan sebuah penerbitan yang mengisahkan kemajuan keintelektualan hubungan diplomatik pada zaman pemerintahan kesultanan Melayu dalam mengaplikasikan pelbagai strategi untuk menubuhkan perhubungan dan komunikasi antara kerajaan, yang diterjemahkan menerusi peristiwa dalam naskhah Melayu. Kemajuan keintelektualan itu meliputi gabungan pemikiran atau epistemologi pemerintah dan pembesar dalam sesebuah pentadbiran untuk mencipta atau membentuk, menyusun, menguruskan, dan mengawal jalinan perhubungan dengan kerajaan lain. Selain itu, ilmu ini juga mengetengahkan beberapa strategi dengan menggunakan mekanisme daya fikir, akal budi, dan juga bahan-bahan fizikal dalam mengukuhkan kedaulatan raja, mempertahankan tanah air dan meluaskan pengaruh dengan cara mewujudkan suatu hubungan baru dengan kerajaan lain daripada aspek politik, ekonomi, budaya, dan sosial. Dengan kata lain, ilmu ini terbentuk adalah bertujuan untuk melindungi sesebuah negara atau kerajaan daripada ancaman musuh luar bagi memelihara kebajikan dan keselamatan para penduduknya, di samping menggunakan strategi diplomatik untuk meluaskan pengaruhnya dalam bentuk pengukuhan kedudukan, peninggian imej, dan prestij sesebuah kerajaan.


Category
General Knowledge
Publisher
Universiti Putra Malaysia
Type
PDF
Print price
RM58
ISBN
N/A
Digital page
240 page
Publish date
24 September 2019
Country
Malaysia
Language
Malay