Ahmad Fadzli Yusof
Ahmad Fadzli Yusof
"Kembara Tetamu Allah adalah catatan menuju percutian abadi yang sering dinanti oleh setiap umat Islam. Catatan ini bukan sahaja menceritakan pengaIaman dan perkongsian perasaan sepanjang menunaikan Rukun Islam kelima ini, namun diselitkan kisah-kisah sejarah di setiap tempat yang diziarahi buat tauladan umat Islam semua. Menunaikan haji dalam keadaan fizikal yang kurang sihat menjadi penguat semangat dan detik-detik manis yang kekal dirasai penulis sehingga kini. Allah membentangkan hamparan yang cukup luas lagi indah bagi menyambut kedatangan para tetamunya ke Tanah Suci sehingga perasaan malu tebal dirasi tatkala berada di halaman rumah-Nya. Pengalaman menunaikan fardu haji tidak pernah luput daripada ingatan mereka yang sudah melaksanakan ibadat itu. Aroma haji nyata luar biasa. Ia suatu detik dalam kehidupan manusia yang pastinya menjadi ingatan seumur hidup. Ingatan ini tentunya bersebab. Mengapa Allah mewajibkannya sekali seumur hidup? Malah mengapa pula ia menjadi Rukun Islam yang kelima? Pengalaman yang dicatatkan oleh Ezee Rahmani membantu khalayak pembaca bagi merasai nikmat menunaikan fardu haji selain dapat memotivasikan mereka bagi melakukannya dengan cara terbaik. Pastinya perjalanan suci melalui jalan yang dilalui oleh Nabi Muhammad dan para sahabat awal berbekalkan iman, amal, kasih sayang dan persaudaraan tidak pernah luput daripada ingatan mereka yang pernah merasainya."
Guru Sebagai Penyelidik
Hiroshima: Duka Sebuah Perang
Internet + Produk Digital = Duit
Ini Satu Cerita Alter Ego
Ini Suatu Cerita
Jangan Biarkan Surau Ini Roboh
Hantaran untuk Si Gadis
Internet Marketing dengan Facebook, Myspace dan Twitter
Gadis Bubble Gum
Cikgu Paling Gempak
Makrifat Cinta
Cikgu Paling Comel
Mega Leader MLM: Bimbing dan Komunikasi
Gadis & Anak CEO
Melah Melia
Hani.my: Entri Pertama
Landasan Maut
Hakikat Cinta
Gadis Lolipop