June 2017
June 2017
Majalah masakan dalam Bahasa Melayu yang popular di negara ini. Semenjak tahun 1995 hingga kini, SAJI membawa pembacanya menjelajahi dunia gastronomi yang menyelerakan setiap bulan dengan pelbagai ciri dari pemakanan seimbang yang lazat untuk kesihatan, resipi-resipi idaman oleh juru-juru masak dan orang-orang yang masyhur, petua-petua yang berguna hingga ke berita terkini tentang hal-ehwal masakan di seluruh dunia. Sesuai dengan namanya, majalah SAJI juga menjanjikan hidangan yang mengusik tunas selera dalam bentuk gambar foto hidangan masakan yang sungguh menyelerakan. SAJI juga menyajikan pembacanya dengan reviu tempat ’makan’ dan restoran di Malaysia; juga produk makanan terkini yang berada di pasaran serta resipi-resipi baru bagi mereka yang gemar mencuba sesuatu yang baru. Selain memapaparkan resipi yang menarik, SAJI juga mengendalikan bengkel memasak serta pertandingan memasak untuk para pembacanya.