A. Samad Said
A. Samad Said
Jarang-jarang berlaku percintaan seganjil ini. Bermula di bengkel seni di Malaysia, dalam pedih perpisahan di Singapura, gelora resah kehidupan di Perancis, Cinta Fansuri menghantar sebuah kisah cinta yang sangat aneh, menyentuh dan falsafi. Mengapakah Fahiyaton yang bersumpah akan bersama kekasihnya, Fansuri, tiba-tiba mengahwini seorang tuan punya ladang lada hitam? Dan mengapakah setelah menjadi janda, Fahiyaton mengahwini pula pak cik arwah suaminya? Mengapakah Fansuri kemudiannya menolak Fahiyaton selepas bekas kekasihnya itu diceraikan suami keduanya. Dan mengapakah setelah luka hati mereka sembuh tiga tahun kemudian, sekali lagi Fahiyaton menolak Fansuri?