A. Samad Said
A. Samad Said
Pada dekad empat puluhan, ketika Malaya sedang dalam zaman resahnya, hadir seorang guru agama yang cekal berazam mengembangkan pendidikan rohaniah di desanya. Tanpa disedari, amalannya itu sempat pula mempengaruhi khayalan seorang anak kecil yang sama cita-citanya. Di Simpang Jalan menjejaki kehidupan darurat mereka berdua di tengah sekelompok kecil orang kampung semasa mengharungi gelora kehidupan pada zaman awal Perang Dunia Kedua.