Mengejar Tetamu di Waktu Senja

A. Samad Said

star-blank star-blank star-blank star-blank star-blank

Mengejar-Tetamu-di-Waktu-Senja-หน้าปก-ookbee Download app

About this book

Cuti sekolah kembali lagi. Kali ini Abu cuma bercuti di kampungnya sahaja kerana neneknya selalu sakit-sakit dan ibunya juga meminta supaya dia menghabiskan masa cutinya di rumah. Rakan-rakannya yang lain bercadang mahu melihat dan belajar membuat rumah memandangkan ada sebuah taman perumahan baru sedang dibina di atas bukit berdekatan kampung mereka. Mereka berkawan dengan beberapa pekerja membuat rumah, iaitu Abang Hussin dan Abang Latif yang pandai menyanyi dan melihat-lihat cara-cara membuat rumah. Abu yang suka menyiasat menyedari ada sebuah pondok yang dibina di lurah bukit itu. Pondok itu berisi tin-tin cat dan kadbod-kadbod seperti papan iklan, juga ada seorang pemuda berambut panjang yang kerjanya mengecat kadbod-kadbod itu. Pada lewat petang juga ada sebuah kereta Mercedes selalu mengunjungi pondok itu. Apa hubungannya kereta mewah dengan pondok buruk itu? Ini masanya untuk Abu dan rakan-rakannya menyiasat!


Category
Novel
Publisher
PTS
Type
EPUB
Print price
9 RM
ISBN
N/A
Digital page
88 page
Publish date
06 June 2013
Country
Malaysia
Language
Malay